



Penjarakkan Sosial 
Pendaftaran Peserta, Semakan Suhu Badan dan Hand Sanitizer
PERINGATAN PENTING KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DI DALAM PELAKSANAAN KURSUS DI HPSF MUAR.
Assalamualikum dan Salam Sejahtera..
Semua Penganjur Kursus dipohon agar dapat mematuhi SOP Penganjuran Kursus yang telah dikeluarkan pada 10 Jun 2020 di mana Penganjur Kursus hendaklah membuat pemeriksaan suhu badan dan saringan gejala sebelum kursus dilaksanakan selain memastikan kesemua Peserta, AJK, Penceramah menggunakan penutup hidung dan mulut (face mask) mengikut keperluan dan kesesuaian.
Sehubungan dengan itu, Penganjur Kursus boleh mendapatkan Thermogun di Unit Latihan HPSF Muar SEHARIS SEBELUM kursus dilaksanakan dan DIPULANGKAN KEMBALI sebaik sahaja TAMAT kursus. Thermogun ini hendaklah dijaga dengan baik dan sebarang kerosakkan adalah di bawah tanggugjawab Penganjur Kursus itu sendiri dan kesesuaian.
Sekian, terima kasih
MAJLIS KESIHATAN NEGARA (MKN) – SOP AM PELAKSANAAN MAJLIS KERAJAAN DAN SWASTA
AKTIVITI DAN PROTOKOL BAGI PENGANJUR/ URUS SETIA / PENCERAMAH

AKTIVITI DAN PROTOKOL BAGI PESERTA
PEMAKLUMAN KEBENARAN MENGANJURKAN KURSUS SERTA GARIS PANDUAN SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP) DI HOSPITAL PAKAR SULTANAH FATIMAH MUAR



BORANG PENDAFTARAN SIJIL PENGHARGAAN SEBAGAI PENCERAMAH / AHLI JAWATANKUASA
Borang ini hanya perlu dilengkapkan oleh Penceramah dan Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik sahaja. Sijil Penghargaan ini hanya boleh digunakan bagi Penganjuran Kursus Bermula 17 Mac 2020 dan seterusnya.
Setiap kursus mempunya KATA LALUAN sendiri yang akan disediakan oleh Unit Latihan. Sila dapatkan KATA LALUAN tersebut 3 HARI SEBELUM KURSUS DILAKSANAKAN.
Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk di sini.
PEMAKLUMAN PENGGUNAAN PERUNTUKAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) BAGI FASA 1 – Memo telah diedar pada 10 Mac 2020 (S)
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Seperti yang tuan sedia maklum, peruntukan LDP bagi fasa pertama perlu digunakan sepenuhnya sebelum atau pada 31 Mei 2020 sepertimana yang terkandung di dalam memo PEMAKLUMAN PERUNTUKAN LDP JABATAN BAGI TAHUN 2020 bertarikh 10 Februari 2020.
3. Sehubungan dengan itu, dipohon kerjasama dan tindakan serta merta agar pihak tuan dapat merancang dan mengemukakan Borang UL 7 serta kertas kerja bagi kursus-kursus yang akan dihadiri / dianjurkan selari dengan GARIS PANDUAN PERMOHONAN PERUNTUKAN PERBELANJAAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) HOSPITAL PAKAR SULTANAH FATIMAH MUAR JOHOR BAGI TAHUN 2020. Dokumen tersebut hendaklah dimajukan kepada Unit Latihan HPSF Muar sebelum atau pada 29 Mac 2020 (Ahad) untuk tujuan pengasingan (lock) peruntukan LDP di Jabatan masing-masing.
4.        Kegagalan pihak tuan merancang serta mengemukakan dokumen tersebut  sekaligus akan menyebabkan peruntukan LDP di Jabatan tuan akan ditarik semula dan boleh digunapakai bagi tujuan latihan anggota / penganjur yang memerlukan.
5.        Segala kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekiranya terdapat keperluan maklumat tambahan berhubung perkara di atas, sila hubungi En Mohd Rashid Bin Zainal di Unit Latihan HPSF Muar sambungan 446.
PENGUMPULAN MATA CPD DAN PENDAFTARAN KURSUS MELALUI SISTEM MMA CPD (MALAYSIAN MEDICAL ASSOCIATION) –
Memo telah diedar kepada Semua Jabatan/Unit/Wad pada 10 Mac 2020 (S)



PEMAKLUMAN PENTING BERKENAAN BORANG UL 12, UL 13 DAN UL 13.1
Salam Sejhatera.
1. Pautan berkenaan Tempat dan Panduan melengkapkan Borang UL 13.1 – https://drive.google.com/drive/folders/1bXEiH1mbA8QgPPxOPtpdPmLLqh8E29UQ ATAU boleh muat turun di Page: Soft Copy dan Templat
2. Memo PEMAKLUMAN BERKENAAN MAKLUMBALAS PENILAIAN PESERTA (UL13-ONLINE) DAN BORANG MAKLUMBALAS PENILAIAN KETUA JABATAN (UL12-ONLINE)– Telah diedar pada 17 Feb 2020 (I) kepada semua Penyelaras Latihan HPSF Muar.
3. Memo PEMAKLUMAN BERKENAAN BORANG MAKLUMBALAS PENILAIAN PESERTA (UL13.1 ) BAGI TAHUN 2019 – Telah diedar pada 17 Feb 2020 (I) kepada semua Penyelaras Latihan yang terbabit.
PERINGATAN PENTING:
1. Kesemua Penyelaras Latihan adalah diminta untuk membuat REQUEST ACCESS (untuk pertama kali sahaja) apabila menggunakan Borang UL9 2020 yang telah dihantar melalui emel pada 8 Jan 2020. Hal demikian adalah bagi memastikan hanya mereka yang telah berdaftar sebagai Penyelaras Latihan sahaja boleh membuka dan mengemaskini maklumat berkaitan aktiviti latihan dalam dan luaran di dalam borang UL9 2020 tersebut. Penyelaras Latihan juga diingatkan agar dapat mengemaskini kesemua aktivit latihan dalam dan luaran ke dalam Borang UL9 2020 sebelum atau 05 hb pada setiap bulan.
2. Penganjur Kursus perlu memastikan kesemua peserta yang menghadiri kursus WAJIB membawa telefon dan mempunyai talian internet supaya Borang UL 13 Online dapat dilengkapkan dengan jayanya. Peserta yang tidak melengkapkan Borang UL13 Online pada tarikh pelaksanaan kursus tidak akan mendapat SIJIL PENYERTAAN kursus.
3. Borang UL13.1 hendaklah dihantar kepada Unit Latihan HPSF Muar dalam masa 2 minggu selepas kursus dilaksanakan. Kegagalan Pengajur Kursus mengemukakan borang tersebut sekaligus akan menyebabkan Penyediaan SIJIL PENYERTAAN bagi lain-lain kursus tidak akan disediakan oleh Unit Latihan.
4. Kesemua anggota HPSF muar yang tidak menggunakan sistem myCPD KKM 2.0 WAJIB menggunakan BUKU LOG yang telah diedarkan pada awal bulan Januari 2020. Buku Log tersebut WAJIB disahkan oleh penganjur kursus sebagai bukti kehadiran kursus.Â
5. Pengguna sistem myCPD KKM 2.0 hendaklah merekod dan mengemaskini aktiviti latihan yang telah dihadiri pada setiap bulan. Aktiviti latihan yang telah direkod hendaklah dimaklumkan kepada Penyelia untuk tujuan pengesahan mata CPD. Audit Verfikasi MyCPD akan dijalankan Jawatankuasa Verifikasi MyCPD HPSF Muar pada bila-bila masa kepada semua anggota yang akan dimaklumkan kelak.
6. Kesemua Aktiviti Latihan Luaran (Kecuali Mesyuarat) samada menggunakan peruntukan LDP atau tidak hendaklah menggunakan Borang UL7. Borang UL 7 hendaklah dikemukakan kepada Unit Latihan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum kursus dilaksanakan. DOKUMEN WAJIB YANG PERLU DISEDIAKAN OLEH PESERTA KURSUS IALAH BORANG UL7, LAMPIRAN A, SURAT PANGGILAN, BROCHURE/ FLYERS YANG TELAH DIMINIT OLEH KETUA JABATAN/UNIT. Dokumen yang tidak lengkap akan dipulangkan dan tidak akan diproses. Walau bagaimanapun, segala kelulusan permohonan adalah bergantung kepada peruntukan LDP di Jabatan masing-masing. Semua anggota diingatkan agar segala pembayaran,yuran tempahan tiket dan lain-lain yang melibatkan implikasi kewangan hendaklah berpandukan kelulusan yang diputuskan di dalam Borang UL7.
PERINGATAN MESRA : TARIKH AKHIR MEREKOD AKTIVITI LATIHAN KE DALAM SISTEM MYCPD KKM
Salam Sejahtera
Merujuk maklumbalas melalui emel daripada Urusetia Helpdesk myCPD KKM pada 31 Disember 2019,
TARIKH AKHIR MEREKOD AKTIVITI LATIHAN KE DALAM SISTEM myCPD KKM ialah PADA 31 JANUARI 2020.
Selepas dari tarikh tersebut, TIADA SEBARANG KEMASUKAN AKTIVITI LATIHAN akan dibenarkan dan sekaligus akan menyebabkan segala aktiviti latihan bagi tahun 2019 tidak akan dimasukkan ke dalam BUKU LOG 2019.
Semua anggota juga diingatkan agar dapat memaklumkan perkara ini kepada PENYELIA masing-masing agar segala aktiviti latihan 2019 dapat DISAHKAN sebelum tarikh tersebut.
Sila buat tindakan SEGERA dan PANTAS sebelum tarikh tersebut bagi mengelakkan kesesakkan server atau masalah- masalah lain yang berkaitan.
Unit Latihan HPSF Muar.

