MASTER LINK UNIT LATIHAN HPSF MUAR 2024( http://tinyurl.com/MASTERLINKUNITLATIHAN-2024 )

1. TAJUK : NEW – BORANG PENDAFTARAN PENGANJURAN KURSUS & 

PERMOHONAN E-CERT HPSF MUAR

LINK : http://tinyurl.com/PENDAFTARANKURSUS2024 

2. TAJUK : NEW – BORANG PENDAFTARAN SIJIL PENGHARGAAN SEBAGAI PENCERAMAH ATAU AJK PENGANJURAN KURSUS 2024

LINK : http://tinyurl.com/e-CERTPENGHARGAAN  

3. TAJUK : BORANG MAKLUMBALAS PESERTA KURSUS (BORANG UL 13)

LINK : http://tinyurl.com/SenaraiLatihanHPSF2024 

4. TAJUK : MASTER BORANG UL9 2024 (BORANG PENGEMASKINIAN PUNGUTAN MATA CPD/JUMLAH HARI BERKURSUS ANGGOTA DI JABATAN MASING-MASING

LINK : http://tinyurl.com/BORANGUL92024 

5. TAJUK : PROSEDUR  MELENGKAPKAN  BORANG UL 13.1 (BORANG MAKLUMBALAS PENILAIAN PENGANJUR KURSUS) – SELEPAS KURSUS

LINK : http://tinyurl.com/PROSEDURBORANGUL131 

6.TAJUK :  SENARAI SEMAK & PROSES KERJA PELAKSANAAN AKTIVITI LATIHAN HPSF MUAR  (TANGGUNGJAWAB PENYELARAS)

LINK :http://tinyurl.com/47xuncbs 

7. TAJUK : PROSEDUR  MELENGKAPKAN BORANG UL 12 (BORANG MAKLUMBALAS KETUA JABATAN_PENYELIA) – SELEPAS KURSUS

LINK : http://tinyurl.com/PROSEDURBORANGUL12 

8. TAJUK : KAEDAH SEMAKAN STATUS MAKLUMBALAS BORANG UL 12

LINK : http://tinyurl.com/CARASEMAKSTATUSBORANGUL12 

9. TAJUK : SOFT COPY DOKUMEN BERKAITAN UNIT LATIHAN / PEKELING DALAMAN & LAIN-LAIN

LINK : http://tinyurl.com/HIMPUNANMAKLUMATLATIHAN 

10. TAJUK : PAUTAN PANTAS BERKENAAN UNIT LATIHAN HPSF MUAR – UPDATE APRIL 23

LINK : http://tinyurl.com/PAUTANPANTASUNITLATIHAN  

PENGEMASKINIAN BORANG PERMOHONAN MENGIKUTI LATIHAN ANJURAN AGENSI LUAR (BORANG UL7/2022)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Seperti yang tuan sedia maklum, Borang UL7 adalah borang permohonan dan kebenaran bagi mengikuti mana-mana kursus anjuran agensi luaran. Borang ini wajib dilengkapkan bersama Lampiran A serta surat panggilan, flyers atau brochure dan dikemukakan kepada Unit Latihan sekurang-kurangnya  7 hari sebelum kursus dilaksanakan.

3.         Demi memastikan penggunaan borang UL7 ini dapat digunakan secara total dan menyeluruh oleh semua kakitangan di HPSF Muar, Unit Latihan telah menambah baik dan mengemaskini keperluan maklumat tambahan yang boleh diperolehi melalui Penyelaras Latihan di Jabatan dan Unit masing-masing. Soft Copy Borang UL7 dan Lampiran A boleh di muat turun terus melalui laman sesawang HPSF Muar https://hpsf.moh.gov.my/index.php/en/  atau lama sesawang Unit Latihan HPSF Muar di https://unitlatihanhpsfmuar.home.blog/

4.         Sehubungan dengan itu, penggunaan Borang UL7/2022 ini hendaklah digunakan dengan serta merta dan bagi borang UL7 yang lama hanya sah digunakan sehingga 31 Ogos 2022 sahaja. Selepas dari tarikh tersebut sebarang penggunaan borang UL7 yang lama tidak akan diproses dan akan dikembalikan semula kepada Jabatan/Unit. Bersama-sama ini disertakan Lampiran Borang UL7/2022 untuk hebahan dan rujukan pihak tuan.

5.         Sekiranya terdapat keperluan maklumat tambahan berhubung perkara di atas, sila hubungi En Mohd Rashid Bin Zainal  di Unit Latihan HPSF Muar sambungan 446.

PEMAKLUMAN PENTING

TARIKH AKHIR PERMOHONAN APC TAHUN 2022 BAGI PEGAWAI PERUBATAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perhatian kepada semua Penyelaras Latihan yang terlibat,

Tarikh akhir Permohonan APC TAHUN 2022 BAGI PEGAWAI PERUBATAN adalah pada 30 Jun 2021

Mohon dipanjangkan pemakluman ini.

PERBEZAAN BADAN REGULATORI KKM

Sedikit Makluman, memandangkan Badan Regulatori setiap perjawatan berkenaan mata CPD adalah berbeza2, dimohon kerjasama semua Person Incharge yg terlibat mengambil langkah serius berkenaan Tarikh Akhir Pengumpulan Mata CPD.

Contoh:
Perjawatan Jururawat – Pengumpulan Mata CPD dan tarikh akhir adalah tidak sama dengan jawatan2 yang lain..

MELENGKAPKAN BORANG MAKLUMAT PENGANJURAN KURSUS

Makluman kepada semua Penganjur Kursus.

Wajib Melengkapkan Borang Maklumat Penganjuran Latihan Dalam HPSF https://forms.gle/rdDEpiGGVqFyMuxg6 7 hari Sebelum Pelaksanaan kursus. Kelewatan pihak Penganjur Kursus untuk membuat pendaftaran tersebut tidak dapat dipertimbangkan kerana proses Penyediaan agak rumit dan ianya bergantung kepada keadaan capaian internet.

Sekian untuk makluman semua.

DOKUMEN BAGI TUJUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN YURAN APC BAGI PEGAWAI PERUBATAN

Berikut adalah dokumen yang diperlukan bagi tujuan Permohonan Tuntutan Pembayaran Yuran APC bagi Pegawai Perubatan

  1. Borang Tuntutan Bayaran Balik Yuran Keahlian Badan Profesional / Badan Ikhtisas (Dapatkan di Kaunter Pejabat Pengarah)
  2. Bukti Resit Pembayaran.

Tuntutan Pembayaran hendaklah dilakukan dengan KADAR SEGERA sekiranya dokumen yg diperlukan telah lengkap. Tarikh Akhir Tuntutan sebelum 31 Oktober 2021. Dokumen ini hendaklah dihantar kepada Unit Kewangan HPSF Muar.

Sekian, untuk makluman.

DARI LENSA KAMERA SEKITAR KURSUS PENYELARAS LATIHAN HPSF MUAR SESI 2021-2022 SERTA PERSEDIAAN AUDIT MSO ISO 9001:2015

Salam sejahtera.

Terima kasih di atas kerjasama dan penglibatan semua peserta . Semoga perkongsian ilmu yang diberikan dapat memberi manfaat dan menambah pengetahuan baharu kepada Penyelaras Latihan sekaligus memantapkan proses kerja sedia ada dan dapat dihebahkan kepada semua anggota di Jabatan/Wad/Unit masing-masing.

Pihak kami memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan, kelemahan dan ketidakselesaan anggota sepanjang penganjuran kursus tersebut.

Peserta Kursus
Peserta Kursus
Peserta Kursus
Peserta Kursus
Pn Siti Shahniza binti Hasmadi
Pn Jamilah binti Jalil
En Mohd Rasid bin Zainal

PEMAKLUMAN SURAT BERKENAAN PEMATUHAN SOP SEMASA MENGHADIRI MESYUARAT, MAJLIS PROGRAM, SEMINAR, BENGKEL, LATIHAN DAN KURSUS – Telah diemel kepada semua Penyelaras Latihan HPSF Muar pada 14/10/2020

Salam Sejahtera.

Berdasarkan situasi semasa jangkitan COVID-19 pada masa ini, semua anggota adalah diminta agar sentiasa mengamalkan dan membudayakan kebiasan baharu (Normal Baharu) semasa menjalanan aktiviti harian.

Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan surat PEMATUHAN SOP SEMASA MENGHADIRI MESYUARAT, MAJLIS PROGRAM, SEMINAR, BENGKEL, LATIHAN DAN KURSUS seperti di Lampiran untuk makluman dan rujukan kepada semua anggota di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.

Surat ini perlu dihebahkan dan dimaklumkan kepada semua Ketua Jabatan/Unit/Wad serta semua anggota di jabatan masing-masing dengan kadar segera.

BORANG MAKLUMBALAS BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN 2020 BAGI ANGGOTA HPSF MUAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk
2. Untuk makluman tuan, Hospital Pakar Sultanah Fatimah sedang dalam proses mengenalpasti anggota-anggota  di Jabatan ini yang telah melengkapkan Borang BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN 2020 secara online (e-Census). Objektif pelaksanaan banci adalah untuk mengumpul stok dan profil penduduk dan perumahan yang komprehensif dan terperinci sehingga ke peringkat geografi terkecil sebagai penanda aras bagi ciri-ciri demografi dan sosio-ekonomi penduduk.


3. Sehubungan itu, dipohon kerjasama tuan agar dapat memaklumkan  perkara ini kepada semua anggota di bawah selian masing-masing agar dapat membuat PENDAFTARAN SEGERA ke Borang Google Form https://forms.gle/mbiHX5muvuJe3QEM7 sekiranya TELAH mendaftar ke dalam sistem e-Census.


4. Kerjasama tuan puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.

PEMAKLUMAN PENGGUNAAN QR CODE KE LAMAN SESAWANG UNIT LATIHAN HPSF MUAR

SALAM SEJAHTERA..

Adalah dimaklumkan bahawa Unit Latihan HPSF Muar telah menyediakan QR CODE bagi memudahkan semua kakitangan dan peserta kursus bagi melayari Laman Sesawang Rasmi Unit Latihan HPSF Muar.

Dua QR CODE telah disediakan bagi memudahkan peserta khususnya bagi tujuan melayari Laman Sesawang Unit Latihan HPSF Muar dan Melengkapkan Borang Maklumbalas Penilain Kursus dalaman di HPSF Muar yang telah dihadiri.

Lokasi Penempatan QR CODE tersebut telah diletakkan di Dewan Saujana HPSF Muar dan Dewan Bestari HPSF Muar.

Semoga dengan usaha kecil ini dapat memberikan impak yang positif kepada peserta kursus dan semua kakitangan Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.

Sekian, terima kasih.

PEMAKLUMAN TAMBAHAN SKOP KERJA BAHARU UNIT LATIHAN HPSF MUAR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dimaklumkan bahawa Unit Latihan akan merekod, mengurus serta menjalankan kerja-kerja berkaitan permohonan pelajar-pelajar IPTA / IPTS (Latihan Industri, Latihan Klinikal, Elective Posting, Latihan Sangkut (Attachment) dan CUTI BELAJAR ( Area of Interest, Sarjana Perubatan, Sub Kepakaran, Laluan Paralel, Khusus Pegawai Pelaksana, Kursus Jangka Pendek Luar Negara dan Dalam Negara, Pengajian Jarak Jauh dan lain-lain hal berkaitan.

Sehubungan dengan itu, sekiranya terdapat pertanyaan perkara-perkara seperti yang dimaklumkan di atas, pihak Tuan boleh menghubungi nombor sambungan 446, Puan Noor Aziana binti Safii di Unit Latihan HPSF Muar untuk makluman dan perhatian pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

CPD Guidelines And MMC-CPD Grading System  Scoring Schedule yang baharu Bagi Pegawai Perubatan Berkuatkuasa 1 Julai 2020

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


1. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Khas MPM yang telah bersidang pada 16 Jun 2020 telah memutuskan untuk menggunapakai CPD Guidelines And MMC-CPD Grading System  Scoring Schedule yang baharu berkuatkuasa mulai 1 Julai 2020 menggantikan garis panduan dan sistem penggredan mata CPD sedia ada.Rujukan : (https://mmc.gov.my/wp-content/uploads/2020/06/MMC-CPD-Grading-system.pdf)  


2. Sehubungan dengan itu, pengamal perubatan berdaftar yang menggunakan sistem MyCPD versi 2.0 perlu membuat pendaftaran kategori HCP baharu (NEW- REGISTERED MEDICAL PRACTITIONER) dan menggunakan HCP ini untuk kutipan mata CPD bermula 1 Julai 2020. Manual panduan pendaftaran HCP baharu dan kutipan mata CPD adalah seperti di lampiran. 
Sekian, terima kasih.


Unit CPDBahagian Perkembangan PerubatanKementerian Kesihatan Malaysia