Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Seperti yang tuan sedia maklum, Borang UL7 adalah borang permohonan dan kebenaran bagi mengikuti mana-mana kursus anjuran agensi luaran. Borang ini wajib dilengkapkan bersama Lampiran A serta surat panggilan, flyers atau brochure dan dikemukakan kepada Unit Latihan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum kursus dilaksanakan.
3. Demi memastikan penggunaan borang UL7 ini dapat digunakan secara total dan menyeluruh oleh semua kakitangan di HPSF Muar, Unit Latihan telah menambah baik dan mengemaskini keperluan maklumat tambahan yang boleh diperolehi melalui Penyelaras Latihan di Jabatan dan Unit masing-masing. Soft Copy Borang UL7 dan Lampiran A boleh di muat turun terus melalui laman sesawang HPSF Muar https://hpsf.moh.gov.my/index.php/en/ atau lama sesawang Unit Latihan HPSF Muar di https://unitlatihanhpsfmuar.home.blog/
4. Sehubungan dengan itu, penggunaan Borang UL7/2022 ini hendaklah digunakan dengan serta merta dan bagi borang UL7 yang lama hanya sah digunakan sehingga 31 Ogos 2022 sahaja. Selepas dari tarikh tersebut sebarang penggunaan borang UL7 yang lama tidak akan diproses dan akan dikembalikan semula kepada Jabatan/Unit. Bersama-sama ini disertakan Lampiran Borang UL7/2022 untuk hebahan dan rujukan pihak tuan.
5. Sekiranya terdapat keperluan maklumat tambahan berhubung perkara di atas, sila hubungi En Mohd Rashid Bin Zainal di Unit Latihan HPSF Muar sambungan 446.
