PEMAKLUMAN SURAT BERKENAAN PEMATUHAN SOP SEMASA MENGHADIRI MESYUARAT, MAJLIS PROGRAM, SEMINAR, BENGKEL, LATIHAN DAN KURSUS – Telah diemel kepada semua Penyelaras Latihan HPSF Muar pada 14/10/2020

Salam Sejahtera.

Berdasarkan situasi semasa jangkitan COVID-19 pada masa ini, semua anggota adalah diminta agar sentiasa mengamalkan dan membudayakan kebiasan baharu (Normal Baharu) semasa menjalanan aktiviti harian.

Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan surat PEMATUHAN SOP SEMASA MENGHADIRI MESYUARAT, MAJLIS PROGRAM, SEMINAR, BENGKEL, LATIHAN DAN KURSUS seperti di Lampiran untuk makluman dan rujukan kepada semua anggota di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.

Surat ini perlu dihebahkan dan dimaklumkan kepada semua Ketua Jabatan/Unit/Wad serta semua anggota di jabatan masing-masing dengan kadar segera.