BORANG MAKLUMBALAS BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN 2020 BAGI ANGGOTA HPSF MUAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk
2. Untuk makluman tuan, Hospital Pakar Sultanah Fatimah sedang dalam proses mengenalpasti anggota-anggota  di Jabatan ini yang telah melengkapkan Borang BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN 2020 secara online (e-Census). Objektif pelaksanaan banci adalah untuk mengumpul stok dan profil penduduk dan perumahan yang komprehensif dan terperinci sehingga ke peringkat geografi terkecil sebagai penanda aras bagi ciri-ciri demografi dan sosio-ekonomi penduduk.


3. Sehubungan itu, dipohon kerjasama tuan agar dapat memaklumkan  perkara ini kepada semua anggota di bawah selian masing-masing agar dapat membuat PENDAFTARAN SEGERA ke Borang Google Form https://forms.gle/mbiHX5muvuJe3QEM7 sekiranya TELAH mendaftar ke dalam sistem e-Census.


4. Kerjasama tuan puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.