PEMAKLUMAN PENGGUNAAN QR CODE KE LAMAN SESAWANG UNIT LATIHAN HPSF MUAR

SALAM SEJAHTERA..

Adalah dimaklumkan bahawa Unit Latihan HPSF Muar telah menyediakan QR CODE bagi memudahkan semua kakitangan dan peserta kursus bagi melayari Laman Sesawang Rasmi Unit Latihan HPSF Muar.

Dua QR CODE telah disediakan bagi memudahkan peserta khususnya bagi tujuan melayari Laman Sesawang Unit Latihan HPSF Muar dan Melengkapkan Borang Maklumbalas Penilain Kursus dalaman di HPSF Muar yang telah dihadiri.

Lokasi Penempatan QR CODE tersebut telah diletakkan di Dewan Saujana HPSF Muar dan Dewan Bestari HPSF Muar.

Semoga dengan usaha kecil ini dapat memberikan impak yang positif kepada peserta kursus dan semua kakitangan Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.

Sekian, terima kasih.

PEMAKLUMAN TAMBAHAN SKOP KERJA BAHARU UNIT LATIHAN HPSF MUAR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dimaklumkan bahawa Unit Latihan akan merekod, mengurus serta menjalankan kerja-kerja berkaitan permohonan pelajar-pelajar IPTA / IPTS (Latihan Industri, Latihan Klinikal, Elective Posting, Latihan Sangkut (Attachment) dan CUTI BELAJAR ( Area of Interest, Sarjana Perubatan, Sub Kepakaran, Laluan Paralel, Khusus Pegawai Pelaksana, Kursus Jangka Pendek Luar Negara dan Dalam Negara, Pengajian Jarak Jauh dan lain-lain hal berkaitan.

Sehubungan dengan itu, sekiranya terdapat pertanyaan perkara-perkara seperti yang dimaklumkan di atas, pihak Tuan boleh menghubungi nombor sambungan 446, Puan Noor Aziana binti Safii di Unit Latihan HPSF Muar untuk makluman dan perhatian pihak tuan.

Sekian, terima kasih.