PEMAKLUMAN PENGGUNAAN QR CODE KE LAMAN SESAWANG UNIT LATIHAN HPSF MUAR

SALAM SEJAHTERA..

Adalah dimaklumkan bahawa Unit Latihan HPSF Muar telah menyediakan QR CODE bagi memudahkan semua kakitangan dan peserta kursus bagi melayari Laman Sesawang Rasmi Unit Latihan HPSF Muar.

Dua QR CODE telah disediakan bagi memudahkan peserta khususnya bagi tujuan melayari Laman Sesawang Unit Latihan HPSF Muar dan Melengkapkan Borang Maklumbalas Penilain Kursus dalaman di HPSF Muar yang telah dihadiri.

Lokasi Penempatan QR CODE tersebut telah diletakkan di Dewan Saujana HPSF Muar dan Dewan Bestari HPSF Muar.

Semoga dengan usaha kecil ini dapat memberikan impak yang positif kepada peserta kursus dan semua kakitangan Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.

Sekian, terima kasih.

PEMAKLUMAN TAMBAHAN SKOP KERJA BAHARU UNIT LATIHAN HPSF MUAR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dimaklumkan bahawa Unit Latihan akan merekod, mengurus serta menjalankan kerja-kerja berkaitan permohonan pelajar-pelajar IPTA / IPTS (Latihan Industri, Latihan Klinikal, Elective Posting, Latihan Sangkut (Attachment) dan CUTI BELAJAR ( Area of Interest, Sarjana Perubatan, Sub Kepakaran, Laluan Paralel, Khusus Pegawai Pelaksana, Kursus Jangka Pendek Luar Negara dan Dalam Negara, Pengajian Jarak Jauh dan lain-lain hal berkaitan.

Sehubungan dengan itu, sekiranya terdapat pertanyaan perkara-perkara seperti yang dimaklumkan di atas, pihak Tuan boleh menghubungi nombor sambungan 446, Puan Noor Aziana binti Safii di Unit Latihan HPSF Muar untuk makluman dan perhatian pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

CPD Guidelines And MMC-CPD Grading System  Scoring Schedule yang baharu Bagi Pegawai Perubatan Berkuatkuasa 1 Julai 2020

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


1. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Khas MPM yang telah bersidang pada 16 Jun 2020 telah memutuskan untuk menggunapakai CPD Guidelines And MMC-CPD Grading System  Scoring Schedule yang baharu berkuatkuasa mulai 1 Julai 2020 menggantikan garis panduan dan sistem penggredan mata CPD sedia ada.Rujukan : (https://mmc.gov.my/wp-content/uploads/2020/06/MMC-CPD-Grading-system.pdf)  


2. Sehubungan dengan itu, pengamal perubatan berdaftar yang menggunakan sistem MyCPD versi 2.0 perlu membuat pendaftaran kategori HCP baharu (NEW- REGISTERED MEDICAL PRACTITIONER) dan menggunakan HCP ini untuk kutipan mata CPD bermula 1 Julai 2020. Manual panduan pendaftaran HCP baharu dan kutipan mata CPD adalah seperti di lampiran. 
Sekian, terima kasih.


Unit CPDBahagian Perkembangan PerubatanKementerian Kesihatan Malaysia