PERINGATAN PENTING KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DI DALAM PELAKSANAAN KURSUS DI HPSF MUAR.

Assalamualikum dan Salam Sejahtera..

Semua Penganjur Kursus dipohon agar dapat mematuhi SOP Penganjuran Kursus yang telah dikeluarkan pada 10 Jun 2020 di mana Penganjur Kursus hendaklah membuat pemeriksaan suhu badan dan saringan gejala sebelum kursus dilaksanakan selain memastikan kesemua Peserta, AJK, Penceramah menggunakan penutup hidung dan mulut (face mask) mengikut keperluan dan kesesuaian.

Sehubungan dengan itu, Penganjur Kursus boleh mendapatkan Thermogun di Unit Latihan HPSF Muar SEHARIS SEBELUM kursus dilaksanakan dan DIPULANGKAN KEMBALI sebaik sahaja TAMAT kursus. Thermogun ini hendaklah dijaga dengan baik dan sebarang kerosakkan adalah di bawah tanggugjawab Penganjur Kursus itu sendiri dan kesesuaian.

Sekian, terima kasih