BORANG PENDAFTARAN SIJIL PENGHARGAAN SEBAGAI PENCERAMAH / AHLI JAWATANKUASA

Borang ini hanya perlu dilengkapkan oleh Penceramah dan Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik sahaja. Sijil Penghargaan ini hanya boleh digunakan bagi Penganjuran Kursus Bermula 17 Mac 2020 dan seterusnya.

Setiap kursus mempunya KATA LALUAN sendiri yang akan disediakan oleh Unit Latihan. Sila dapatkan KATA LALUAN tersebut 3 HARI SEBELUM KURSUS DILAKSANAKAN.

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk di sini.

https://unitlatihanhpsfmuar.home.blog/borang-pendaftaran-sijil-penghargaan-sebagai-penceramah-ahli-jawatankuasa/

PEMAKLUMAN PENGGUNAAN PERUNTUKAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) BAGI FASA 1 – Memo telah diedar pada 10 Mac 2020 (S)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Seperti yang tuan sedia maklum, peruntukan LDP bagi fasa pertama perlu digunakan sepenuhnya sebelum atau pada 31 Mei 2020 sepertimana yang terkandung di dalam memo PEMAKLUMAN PERUNTUKAN LDP JABATAN BAGI TAHUN 2020 bertarikh 10 Februari 2020.

3.         Sehubungan dengan itu, dipohon kerjasama dan tindakan serta merta agar pihak tuan dapat merancang dan mengemukakan Borang UL 7 serta kertas kerja bagi kursus-kursus yang akan dihadiri / dianjurkan selari dengan GARIS PANDUAN PERMOHONAN PERUNTUKAN PERBELANJAAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) HOSPITAL PAKAR SULTANAH FATIMAH MUAR JOHOR BAGI TAHUN 2020. Dokumen tersebut hendaklah dimajukan kepada Unit Latihan HPSF Muar sebelum atau pada 29 Mac 2020 (Ahad) untuk tujuan pengasingan (lock) peruntukan LDP di Jabatan masing-masing.

4.         Kegagalan pihak tuan merancang serta mengemukakan dokumen tersebut  sekaligus akan menyebabkan peruntukan LDP di Jabatan tuan akan ditarik semula dan boleh digunapakai bagi tujuan latihan anggota / penganjur yang memerlukan.

5.         Segala kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekiranya terdapat keperluan maklumat tambahan berhubung perkara di atas, sila hubungi En Mohd Rashid Bin Zainal  di Unit Latihan HPSF Muar sambungan 446.