1. Kesemua Penyelaras Latihan adalah diminta untuk membuat REQUEST ACCESS (untuk pertama kali sahaja) apabila menggunakan Borang UL9 2020 yang telah dihantar melalui emel pada 8 Jan 2020. Hal demikian adalah bagi memastikan hanya mereka yang telah berdaftar sebagai Penyelaras Latihan sahaja boleh membuka dan mengemaskini maklumat berkaitan aktiviti latihan dalam dan luaran di dalam borang UL9 2020 tersebut. Penyelaras Latihan juga diingatkan agar dapat mengemaskini kesemua aktivit latihan dalam dan luaran ke dalam Borang UL9 2020 sebelum atau 05 hb pada setiap bulan.
2. Penganjur Kursus perlu memastikan kesemua peserta yang menghadiri kursus WAJIB membawa telefon dan mempunyai talian internet supaya Borang UL 13 Online dapat dilengkapkan dengan jayanya. Peserta yang tidak melengkapkan Borang UL13 Online pada tarikh pelaksanaan kursus tidak akan mendapat SIJIL PENYERTAAN kursus.
3. Borang UL13.1 hendaklah dihantar kepada Unit Latihan HPSF Muar dalam masa 2 minggu selepas kursus dilaksanakan. Kegagalan Pengajur Kursus mengemukakan borang tersebut sekaligus akan menyebabkan Penyediaan SIJIL PENYERTAAN bagi lain-lain kursus tidak akan disediakan oleh Unit Latihan.
4. Kesemua anggota HPSF muar yang tidak menggunakan sistem myCPD KKM 2.0 WAJIB menggunakan BUKU LOG yang telah diedarkan pada awal bulan Januari 2020. Buku Log tersebut WAJIB disahkan oleh penganjur kursus sebagai bukti kehadiran kursus.
5. Pengguna sistem myCPD KKM 2.0 hendaklah merekod dan mengemaskini aktiviti latihan yang telah dihadiri pada setiap bulan. Aktiviti latihan yang telah direkod hendaklah dimaklumkan kepada Penyelia untuk tujuan pengesahan mata CPD. Audit Verfikasi MyCPD akan dijalankan Jawatankuasa Verifikasi MyCPD HPSF Muar pada bila-bila masa kepada semua anggota yang akan dimaklumkan kelak.
6. Kesemua Aktiviti Latihan Luaran (Kecuali Mesyuarat) samada menggunakan peruntukan LDP atau tidak hendaklah menggunakan Borang UL7. Borang UL 7 hendaklah dikemukakan kepada Unit Latihan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum kursus dilaksanakan. DOKUMEN WAJIB YANG PERLU DISEDIAKAN OLEH PESERTA KURSUS IALAH BORANG UL7, LAMPIRAN A, SURAT PANGGILAN, BROCHURE/ FLYERS YANG TELAH DIMINIT OLEH KETUA JABATAN/UNIT. Dokumen yang tidak lengkap akan dipulangkan dan tidak akan diproses. Walau bagaimanapun, segala kelulusan permohonan adalah bergantung kepada peruntukan LDP di Jabatan masing-masing. Semua anggota diingatkan agar segala pembayaran,yuran tempahan tiket dan lain-lain yang melibatkan implikasi kewangan hendaklah berpandukan kelulusan yang diputuskan di dalam Borang UL7.
